Pembuat Dasar: Majlis Penasihat Eknonomi Negara (MPEN)
Dilancarkan
: oleh PM pada 30 Mac 2010 di Invest Malaysia 2010, KL
3 Matlamat MEB
Untuk menjadikan Malaysia negara
1. Berpendapatan tinggi
2. Kemapanan
3. Keterangkuman
*Pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 (RM22,931) kepada AS$15,000 (RM49,137) menjelang 2020
4 Prinsip Pelaksanaan MEB
1. Mesra pasaran
2. Merit
3. Telus
4. Mengikut keperluan.
8 Inisiatif Pembaharuan Strategik
1. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
4. Memperkukuhkan sektor awam;
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan;
8. Memastikan pertumbuhan yang mapan.
7 Intipati Ucapan PM
1. MEB mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun.
2. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan diperbadankan dan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk menjadikannya lebih berkesan sebaga agensi promosi pelaburan negara.
3. Dua anak syarikat milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.
4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk meningkatkan pelaburan ekuiti di luar negara. Pada masa sama, KWSP bersama kerajaan akan membangunkan tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buloh untuk dijadikan hab baru di Lembah Klang.
5. Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.
6. Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.
7. Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.
0 comments:
Post a Comment