Wednesday, May 13, 2009

Hak dan Tanggungjawab


hak awak;awak jaga. hak saya;biar saya je yg jaga.

Terdapat persamaan antara kedua-dua perkataan di atas. Seorang bertanggungjawab atas hak seorang yang lain. Juga sebaliknya, seorang boleh menuntut hak daripada seorang yang mempunyai tanggungjawab atas hak tersebut. Persoalan hak dan tanggungjawab merupakan suatu yang sangat fundamental dan merupakan foundation unit dalam sistem hubungan sosial sesama manusia juga terlebih penting lagi, hubungan hambaNya dengan Allah SWT.

"Ko xde hak nk suruh aku solat berjemaah ekk. Bukan tanggungjawab ko nk jaga kubur aku."

Permasalahan dalam perspective dan attitude yang terjurus akibat ketidakfahahaman yang tulin dalam isu hak dan tanggungjawab ini menjadi semakin rumit atas kemampuan sistem pendidikan yang semakin longlai akibat serangan liberalisme dan juga hedonisme. Generasi pelapis sekarang hanya semakin leka dalam kepompong sendiri dan tidak mementingkan essence dalam menimbukan rasa emphaty yang sepatutnya.

Hak dan tanggungjawab: Satu frasa yang kadangkala pabila diamati ada beberapa elemen kelainan yang membibitkan kepentingan yang berbeda juga. Apabila dikatakan hak, seringkali dipaparkan di mata kita akan perjuangan menuntut keadilan, kontrak-kontrak yang diheret ke mahkamah dunia, juga kesamaan hak asasi manusia. Namun, pabila diperkatakan tentang tanggungjawab, acapkali kita diserlahkan dengan kelekaan dalam tanggungjawab sesebuah authority, penyelewangan kuasa dan ketidakberkesanan sesuatu tanggungjawab yang dilaksanakan.

hak dan tanggungjawab adalah amat penting dalam
pembentukan family sakinah, mawaddah warahmah


Saya jangka pasti ramai yang setuju apabila diperkatakan bahawa tanggungjawab itu jauh lebih penting daripada hak. Sesuatu untuk diberi jauh lebih penting daripada sesuatu untuk diterima. Maka, konsep hak dan tanggungjawab ini tidak dapat tidak, tidak dapat lari daripada konteks pengorbanan. Kadangkala terpaksa mengorbankan hak sendiri demi tanggungjawab terhadap orang lain.

Juga seperti entry saya sebelum ini ada membicarakan tentang pilihan. Dalam melunaskan sesuatu hak dan tanggungjawab, sepertinya ada satu pilihan sama ada untuk mengutamakan hak ataupun tanggungjawab. Atas bicara mudah, jika dilihat atas skop mementingkan diri sendiri, tentulah kita lebih mementingkan hak sendiri daripada terpaksa menggadaikan hak sendiri atas dasar tanggungjawab terhadap orang lain dan memenuhi hak orang lain.

Namun, inilah the beautifullness of Islam. Islam hadir dengan satu sistem sosial yang sebenarnya mementingkan hak orang lain daripada hak diri sendiri atas sarana tanggungjawab. Bagaimana perasaan jihad itu ditanam oleh sistem Islam itu sendiri dalam hati-hati golongan yang hendak membuat kebaikan; itu seringkali dipandang serong oleh blok Barat. Jika ditinjau kehidupan pada zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat RA, sikap mendahulukan orang lain sangat dititik beratkan sehingga saat-saat menghampiri kematiwan sewaktu peperangan sekalipun. Hak sendiri sanggup dilepaskan demi hak orang lain atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang! Indah sungguh Islam ini!

di manakah tanggungjawab kita ke atas hak-hak rakyat dan negara Islam Filistin

Pada saat umat Islam dikecam, ditentang dan dikasari, konteks hak dan tanggungjawab ini perlu dihadam sungguh-sungguh. Sejak zaman kejatuhan khalifah, betapa banyak gerakan-gerakan Islam muncul atas dasar tanggungjawab dan kesemua mereka didasari semangat ukhuwwah Islam dan mementingkan hak orang lain dan masyarakat umum Islam semata.

Namun pada hari ini, atas sifat materialistik dan individualistik, kita semakin alpa akan kepentingan akhlak Islamiah ini. Buang jauh-jauh hasad dengki dan kedekut. Jika dilihat perkara maksiat di depan mata, tegurlah atas kapasiti masing-masing atas dasar tanggungjawab dan hak sebenarnya. Jika permulaan entry ini diketengahkan satu dialog ringkas tentang malasnya si fulan ni untuk solat berjemaah, ia sebenarnya hak seorang yang lain untuk menegurnya. Dan juga hak ini tidak bermakna jika tidak disusuli dengan tanggungjawa iaitu perlaksaaan hak.

Oleh yang demikian, utamakanlah tanggungjawab kita terhadap orang lain. Jangan pula kita asyik menuntut hak kita, padahal pada masa yang sama kita mengabaikan tanggungjawab kita. Pesanan ini saya tujukan buat semua dan khas buta pemimpin-pemimpin negara. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin dalam memenuhi hak-hak Allah dan rakyat marhaen. Janganlah asyik menuntut hak anda kesana-kemari sedangkan tanggungjawab anda banyak lagi yang belum terlaksana.

0 comments:

Post a Comment